Panduan Membeli Laptop
Sesungguhnya membeli itu memang sangat mudah. Hanya perlu sediakan duit, pilih barangan apa yang minat dan terus boleh membuat pembelian. Tetapi, berbeza dengan membeli laptop. Kesilapan memilih laptop akan melaburkan wang anda jika ia tidak menepati keperluan anda. Untuk mengetahui bagaimana cara memilih laptop yang baik dan berkualiti, mohon baca artikel kami sehingga habis.
Panduan Membeli Laptop.
Anda tidak perlu membuang masa mempelajari sistem operasi yang baru.
Kebanyakan laptop pada masa kini didatangkan dengan salah satu sistem operasi :
- Windows
- Chrome OS
- Mac OS X (MacBooks)
Sistem operasi Windows masih merupakan pilihan kebanyakan pengguna laptop diikuti masing-masing oleh iOS, Android, Macintosh, Chrome OS dan lain-lain.
Windows 10
Windows 10 adalah versi terbaru sistem operasi keluaran syarikat gergasi Microsoft.
Sejak dilancarkan pada bulan Julai 2015, Windows 10 berupaya menggunakan soalan susulan dengan Cortana, mencari e-mel menggunakan bahasa semulajadi dan menggunakan stylus untuk menulis/menconteng hampir di mana sahaja.
Contoh sistem operasi ini adalah seperti :
- Microsoft Windows 7
- Microsoft Windows 8.1
- Microsoft Windows 10
Chrome OS
Chrome OS adalah sistem operasi yang direka oleh Google yang berasaskan kernel Linux dan menggunakan pelayar web Google Chrome sebagai antara muka pengguna utamanya.
Jika anda melihat sistem operasi Chrome ini, kebanyakan antara muka pengguna (user interface) seakan-akan seperti sistem operasi Windows.
Ia boleh digunakan untuk melayari internet, menyemak e-mel, navigasi rangkaian sosial dan berbual dalam talian.
Kelemahan yang ketara pada sistem operasi ini adalah terdapat "web apps" tidak bergungsi dengan sempurna sekiranya anda tidak menggunakan internet (online).
Apple macOS Sierra
Semua MacBooks didatangkan dengan sistem operasi desktop terbaru Apple, MacOS Sierra.
Secara keseluruhan, sistem operasi ini menawarkan fungsi yang serupa dengan Windows 10, tetapi dengan pandangan berbeza pada antara muka yang menggantikan "apps dock" di bahagian bawah skrin untuk menu Start Microsoft dan taskbar.
Jika Windows 10 ada Cortana, pengguna Mac pula ada Siri. Antara kelebihan sistem operasi ini adalah seperti boleh melakukan transaksi dengan Apple Pay, mengambil panggilan atau teks dari telefon dan membuka kunci komputer riba dengan Watch Apple.
Walau bagaimanapun, MacOS tidak dibuat untuk fungsi sentuhan, kerana tidak ada MacBook dilengkapi dengan skrin sentuh.
Sistem operasi ini sesuai bagi meraka yang mementingkan kualiti dan prestasi. Harga biasanya agak mahal berbanding dengan sistem operasi Microsoft Windows dan Chrome OS.
Laptop tradisional atau 2-dalam1?
Pada masa kini terdapat banyak laptop 2-dalam-1 berbanding dengan laptop tradisional.
Ramai yang merujuk laptop 2-dalam-1 ini sebagai laptop hybrid. Antara kelebihannya adalah seperti skrin boleh ditanggalkan daripada papan kekunci dan terdapat juga yang boleh dipusing ke belakang sehingga 360 darjah.
Senang cakap 2-dalam-1 ini adalah komputer riba (laptop) dan tablet yang digabungkan dalam satu peranti mudah alih yang ringan.
Mana satu yang lebih bagus? Laptop tradisional atau laptop 2-dalam-1?
Jikalau saya berasa di tempat anda, ambil sahaja laptop 2-dalam-1 ini.
Apabila anda sudah bersedia untuk bermain, anda hanya perlu menanggalkan skrin atau lipat 2-dalam-1 ke dalam mod tablet untuk :
- Menonton filem
- Bermain permainan
- Membaca e-book
Ini menjadikannya lebih mudah untuk memindahkan fail dan foto. Selain itu, ia amat mudah untuk menukar mod dengan cepat :
- Menukar dari laptop ke tablet
- Berdiri sendiri atau dalam konfigurasi paparan- mengambil masa hanya satu sentuhan mudah , klik atau pusing.
Apa kelebihan laptop 2-dalam-1 ini?
Serba boleh
Tidak kiralah anda berasa di tempat kerja atau di rumah, keperluan pengkomputeran anda mungkin berubah dalam sekelip mata.
Anda boleh menggunakan peranti anda dalam mod laptop untuk menaip dokumen, membangunkan hamparan (spradsheet) atau menyunting gambar dan video.
Kemudian, kalau anda bosan tahap dewa, pusing saja skrin tersebut untuk menonton filem atau bermain permainan-semua dalam satu gerakan mudah.
Mudah alih
Anda hendak berjalan jauh tetapi tidak pasti hendak membawa peranti yang mana satu? Laptop sahaja atau bawa tablet sekali?
Usah peningkan kepala anda, laptop 2-dalam-1 menjadikannya mudah untuk mengambil hanya satu peranti. Lebih produktif dan keseronokan ketika anda berada di luar bandar.
Kos
Percaya atau tidak, melabur laptop 2-dalam-1 adalah lebih murah daripada membeli secara berasingan kedua-dua laptop dan tablet ini.
Ciri-ciri skrin laptop yang perlu diberi perhatian:
Saiz Skrin
Saiz skrin laptop boleh didapati daripada kira-kira 11 hingga 17 inci.
Skrin yang besar sesuai untuk bermain permainan, menonton filem, menyunting gambar dan video serta melihat dokumen sebelah menyebelah.
Anda harus ingat, biasanya kalau anda memilih skrin yang besar, maka secara automatiknya saiz, berat dan penggunaan kuasa keseluruhan laptop juga ikut meningkat.
Mari kita lihat contoh-contoh saiz skrin di bawah :
- 11"-12" : Laptop yang nipis dan ringan. Ia mudah di bawa ke mana-mana sahaja.
- 13"-14" : Laptop yang seimbang daripada segi mudah alih dan kebolehgunaan.
- 15" : Saiz skrin laptop yang popular di kalangan pengguna laptop di Malaysia dengan berat sekitar 2kg-3kg.
- 17"-18" : Laptop yang sering digunakan untuk menyunting gambar, video serta bermain permainan (game). Biasanya laptop yang mempunyai skrin seperti ini agak berat dan sesuai bagi mereka yang jarang membawa laptop keluar dari rumah.
Skrin laptop didatangkan dalam pelbagai resolusi (diukur dalam piksel, mendatar, menegak) :
- HD : Resolusi 1366 x 768 adalah standard pada laptop arus perdana. Baik untuk melayari web, e-mel dan tugas-tugas asas pengkomputeran.
- HD+ : Resolusi 1600 x 900 yang sesuai untuk permainan kasual dan menonton filem DVD.
- Full HD : Resolusi 1920 x 1080 membolehkan anda untuk menonton filem blu-ray dan bermain permainan video.
- Paparan Retina (Retina Display) : Resolusi 2304 x 1440, 2560 x 1600 dan 2880 x 1800 terdapat dalam paparan Apple 12", 13.3" dan 15.6" masing-masing.
- QHD (Quad HD) dan QHD+ : Dengan resolusi 2560 x 1440 dan 3200 x 1800 masing-masing, kepadatan piksel yang amat tinggi mewujudkan perincian dan teks yang tajam, sesuai untuk kerja-kerja foto profesional dan grafik serta filem definisi tinggi dan permainan.
- 4K Ultra HD : Resolusi 2840 x 2160 mempunyai empat kali ganda piksel Full HD, mewujudkan warna dan imej yang kaya untuk melihat dan menyunting imej dan grafik seolah-olah hidup.
Jenis Paparan
Kini terdapat banyak laptop yang menggunakan lampu LED yang boleh memaparkan warna-warna terang tanpa mengganggu prestasi kuasa bateri.
Jika anda mahu menggunakan laptop untuk menonton filem, pilih paparan jenis panel IPS supaya sudut tontonan anda lebih luas.
Skrin dengan kemasan berkilat (glossy finish) umumnya memberikan warna yang lebih kaya dan hitam yang leboh gelap.
Manakala paparan matte akan mengurangkan silau jika anda sering bekerja di luar atau berdekatan dengan tingkap.
Skrin Sentuh
Skrin sentuh laptop membuat bavigasi pada komputer anda lebih intuitif.
Ketik untuk memilih, tahan dan seret untuk memindahkan items, sapu (swipe) untuk menatal (scroll) dan cubit (pinch) untuk zoom, seperti yang anda laukan pada telefon pintar atau tablet.
Kini boleh didapati dengan banyak pada laptop yang menggunakan sistem operasi Windows dan Chromebook terpilih.
Periksa papan kunci dan touchpad laptop
Tidak mengapa jika anda cerewwt sedikit dalam pemilihan jenis papan kekunci laptop. Jika boleh carilah papan kekunci yang ada ciri-ciri ergonomik di mana kerja yang dilakukan nanti lebih selesa, selamat dan berkesan.
Jika anda melakukan banyak kerja pada komputer, pastikan :
- Papan kekunci tidak mudah tersekat jika ditekan berulang kali
- Terdapat ruang yang mencukupi diantara papan kekunci laptop anda
Touchpad yang bagus haruslah tepat dan tidak tersekat-sekat ketika digunakan.
Touchpada juga perlu bertindak balas secara konsisten untuk mengesan gerakan isyarat seperti pinch-to-zoom.
Pilih spesifikasi laptop yang sesuai dengan keperluan
Intel® processors
- Intel Atom : Prosesor ini biasanya boleh ditemui pada laptop yang berkos rendah. Ia menawarkan prestasi asas sahaja tetapi penggunaan baterinya lebih baik berbanding dengan Cleron/Pentium.
- Intel Pentium/Celeron : Prestasi prosesor ini hanya sesuai untuk em-mel, internet dan produktiviti tugas-tugas asas.
- Intel Core m3/m5/m7 : Pemproses direka untuk perantik Ultraslim. Penggunaan kuasa dan haba adalah rendah sehingga ia tidak memerlukan kipas. Prestasi prosesor lebih baik berbanding dengan Celeron tetapi tidak dapat menandingi Core i3/i5.
- Intel Core i3/i5 : Kombinasi terbaik daripada segi prestasi dan harga.
- Intel Core i7 : Pilihan pengguna power users seperti pemain tegar permainan (gamers), pereka grafik, jurugambar dan juruvideo. Ia cemerlang pada pelbagai tugas dalam satu-satu masa dan pembuatan multimedia untuk projek-projek dalam 3D atau definisi tinggi.
AMD Prosesor
AMD mempunyai dua kategori pemproses yang paling biasa :
FX dan A-Series : Seperti cip teras Intel, pemproses ini termasuk pemproses grafik yang dibina ke dalam cip yang sama.
- A4 : Prestasi responsif untuk muzik, gambar dan video.
- A6 : Aliran video yang lancar dan kualiti foto yang dipertingkatkan.
- A8 : Prestasi grafik yang lebih baik membolehkan permainan 3D dalam HD.
- A10 : Cip utama AMD, dengan kepantasan quad-core dan prestasi grafik yang luar biasa.
- FX : Untuk permainan serius dan berbilang tugas (multitasking) berat.
- E-series : Sama dengan pemproses Intel Celeron dan Pentium, cip ini adalag berorientasikan nilai dengan kelajuan dan keupayaan pelbagai tugas terhad. Biasanya sesuai untuk tugas-tugas asas pengkomputeran seperti e-mel, melayari lama web dan pemprosesan perkataan.
Random-access memory (RAM)
Ingatan capaian rawak atau lebih dikenali sebagai RAM penting kerana ia membantu pemproses anda menangani beberapa tugas sekaligus.
Sekurang-kurangnya 2GB diperlukan untuk pengkomputeran asas.
6GB atau lebih adalah disyorkan jika anda banyak melakukan kerja-kerja grafik dan menyunting foto atau video.
Kebanyakkan laptop sekarang mempunyai 4GB - 8GB dan ada yang mempunyai sehingga 32GB.
Jika mahu menambah memori di kemudian harim pilihlah model laptop yang membolehkan anda menaik taraf RAM.
Internal storage
Biasanya pemacu cakera keras (hard disk drives) tradisional menawarkan kapasiti penyimpanan yang lebih besar. Contohnya 500GB, 1TB dan 2TB.
Tapi ada juga keburukannya. Ia menambah berat dan ketebalan komputer riba sambil menjana haba dan bunyi yang bising.
Sebagai alternatif, pemacu keadaan pepejal (SSD- Solid State Drives) adalah lebih ringan, cepat, sejuk dan senyap daripada cakera keras biasa.
Tetapi ini pun ada keburukannya. Buat masa ini SSD masih lagi mahal per GB, jadi biasanya ia kurang menyediakan ruang simpanan.
Berita baiknya, sesetengah komputer riba mempunyai pemacu hibrid (hybrid drive).
Ia adalah gabungan careka keras (hard drive) dengan cakera keadaan pepejal (SSD) untuk manfaat kedua-duanya.
Pemacu cakera keras (hard disk drives) mekanikal tradisional adalah jenis yang paling biasa digunakan.
Ia menawarkan kapasiti yang besar dan agak mura. Ia didatangkan dalam dua kelajuan standard:
- Cakera keras yang mempunyai 5400 rpm adalah memadai untuk melayari Web, e-mel dan penciptaan dokumen.
- Cakera keras yang mempunyai 7200 rpm memindahkan data dengan lebih cepat dan boleh dipertimbangkan jika anda kerap bekerja dengan fail-fail yang besar.
Pemacu keadaan pepejal, juga dikenali sebagai SSD adalah lebih cepat daripada pemacu cakera keras (hard disk drives).
Tetapi biasanya menawarkan kapasiti yang jauh lebih rendah.
SSD juga menawarkan kelebihan dari segi:
- Saiz
- Berat
- Kuasa kecekapan fizikal
- Kurang pengjasilan haba
- Sangat senyap menjadikan ia pilihan yang sesuai untuk komputer riba ultraslim dan ultralightweight.
Tidak seperti cakera keras, SSD tidak mempunyai bahagian yang bergerak untuk haus (wear out). Sesetengah laptop menggunakan SSD untuk semua simpanan.
Lain-lain laptop mendedikasikan SSD yang lebih kecil untuk menempatkan sistem operasi dan aplikasi (membolehkan lebih cepat start-up) dan menambah cakera keras tradisional untuk penyimpanan data umum.
Cip grafik (Graphics Chip)
Jika anda tidak bermain permainan (games), tidak membuat objek 3D atau menyunting video resolusi tinggi, cip grafik bersepadu (integrated graphics chip) adalah memadai.
Tetapi jika sebaliknya, pemproses grafik diskret (discrete) daripada AMD atau Vvidia adalaj sangat penting.
Pemacu DVD/Blu-ray (DVD/Blue-ray Drives)
Anda perlu sedar tidak semua komputer riba didatangkan dengan pemacu optik kerana semua perisian dan filem (video) sekarang boleh dimuat turun daripada internet.
Walau bagaimanapun, jika anda benar-benar hendak menggunakan pemacu optik, anda bolehlah membeli portable dvd writer di kedai-kedai komputer ataupun secara dalam talian (online).
Biasanya ia menggunakan port USB komputer riba anda untuk berfungsi.
Ports dan connectivity yang harus anda lihat
Perhatikan port berikut yang lazim digunakan untuk menyambung kepada TV, kamera dan peranti lain:
- USB 2.0 : Menyambung oemacu luaran, pengawal permainan, telefon pintar, pemain MP3 dan aksesori lain.
- USB 3.0 : Data pemindahan lebih cepat daripada USB 2.0, tetapi hanya apabila digunakan dengan peranti USB 3.0.
- USB Type-C : Menyediakan kelajuan dan kuasa yang serba boleh yang menampilkan penyambung dengan hujung yang serupa yang di pasang terbalik (upside down) atau sebelah kanan (right-side up).
- Thunderbolt : Lebar jalur yang amat tinggi untuk pemindahan data yang pantas di antara oeranti yang mempunyai sambungan Thunderbolt atau MiniDisplayPort.
- HDMI : Sambungkan projektor atau paparan media HD di skrin TV rata (flat-screen) anda.
- Slot kad media : Mmeindahkan gambar dari kamera digital atau comcorder.
Ketahanan bateri laptop
Jangan ambil udah tentang bateri laptop anda. Biasanya bateri laptop pada masa kini boleh bertahan dari 6-12jam.
Maksudnya hanya bila ia digunakan untuk mebuat kerja-kerja ringan atau melayari laman web dan bukannya digunakan untuk bermain games.
Jenama laptop yang boleh dipercayai
Menurut analisi yang dijalankan ileh Square Trade terhadap 30,000 komputer riba berdasarkan pelan dan tuntuan jaminan mereka :
- Untuk tiga tahun pertama, 31% daripada pemilik komputer riba melaporkan kerosakan kepada SquareTrade
- Dua pertiga (20.4%) daripada kerosakkan berpunca daripada kegagalab perkakasan
- Satu pertiga (10.6%) kerosakan yang dilaporkan adalah disebabkan oleh kecuaian sendiri.
Jaminan laptop yang lama
Kalau boleh carilah jenama laptop yang menawarkan jaminan yang panjang. Biasanya jaminan laptop adalah selama 1 tahun. Ada juga jaminan laptop sehingga 2-3tahun.
Komputer riba anda adalah yang terbaik jika syarikat yang berdiri di belakangnya memberikan sokongan tekninal selepas jualan.
Sokongan adalah sebahagian daripada apa yang membuat jenama komputer riba bernilai untuk wang anda.
Faktor lain yang perlu anda ambil kira adalah lokasi pusat servis (service center). Patikan pusat servis tersebut banyak terdapat di bandar-bandar utama.
Ini untuk memudahkan anda menuntut jaminan daripada puasat servus sekiranya laptop anda mengalami kerosakan di kemudian hari.
Lihat bajet di poket anda
Jika bajet anda RM1500, tidak perlulah anda mencari laptop yang harganya RM3000. Carilah laptop yang sesuai dengan kemampuan kewangan anda.
Jangan lupa bandingkan harga laptop tersebut di tempat lain. Anda juga boleh memeriksa harga laptop dalam talian sama ada melalui lelong ataupun di Lazada Malaysia.
TYFON TECH SDN BHD menawarkan desktop murah terpakai & komputer riba yang diubahsuai, perkhidmatan membaiki komputer i7, laptop, sokongan IT teknikal dan perundingan di Kepong KL Malaysia. Kami mempunyai bajet yang banyak & berpatutan memenuhi asas komputer untuk menjimatkan kos anda. Semua peralatan kami diuji dalam keadaan baik & sangat sesuai untuk pejabat, perakaunan, kilang atau digunakan di rumah.
Anda boleh membeli dengan yakin kerana kami adalah pengedar dan menyediakan 3 bulan jaminan dijamin untuk menjamin nilai anda wang.
Lawati laman web kami untuk model yang lebih terkini Desktop, Laptop, Monitor, Pencetak & HP Lenovo Dell i3 i5 & komputer permainan i7:
Boleh hubungi/whatsapp untuk sebarang pertanyaan, tukar barang diterima:
Hubungi:
018-2017110 - Chris
Email:
sales@tyfontech.com
christang@tyfontech.com
TYFON TECH SDN BHD 1196293-X
Sales & Customer Services:
Lot G08, Level G, Desa Complex, Jalan Kepong, 52100 Kuala Lumpur, Malaysia.
Technical & Operation:
Lot LG20 & LG21, Level LG, Desa Complex, Jalan Kepong, 52100 Kuala Lumpur, Malaysia.
014 - 9600078 Technical support (Please provide INVOICE no)
03 - 62619838 - LG20 Office
10pagi - 7petang ,Isnin - Sabtu, Tutup pada setiap Kuala Lumpur Cuti Awam
(Jarak berjalan kaki 5min dari KTM kepong sentral atau boleh menggunakan carian waze TYFON TECH SDN BHD)
Anda dialu-alukan untuk datang kedai kami untuk melihat dan menguji produk. Bagi pelanggan sibuk untuk datang, anda boleh membeli dari laman web kami. Selepas menerima bayaran penuh, kami akan menghantar barang kepada anda dalam tempoh 1-3 hari waktu bekerja oleh perkhidmatan kurier (caj anggaran skynet kurier terletak malaysia barat muat komputer RM15, desktop-RM25, sebahagian kecil kurang daripada 1kg-RM7). * Digunakan CPU / laptop boleh ada kecil keluaran kosmetik yang tidak memberi kesan fungsinya. Harga adalah termasuk 6% GST. Item tidak termasuk dengan penghantaran, pemasangan dan pentauliahan kecuali dinyatakan. Tempoh bayaran: Kad pemindahan / kredit tunai / bank sahaja.
No comments