Berita Terkini

Apa ada pada monitor ?


Apabila menyentuh mengenai dunia komputer peribadi (PC) pengguna, masyarakat sering kali mengaitkannya dengan unit pemprosesan komputer (CPU), sistem operasi atau jenis pemprosesannya yang memberi nyawa ketika menghidupkan komputer. Ibarat aur dengan tebing, komputer tidak lengkap tanpa paparan monitor yang memainkan peranan penting menjelaskan imej yang ditafsir daripada kod nombor dibaca CPU menjadikan gambar terpampang pada skrin.
Menurut bahasa komputer, monitor terletak di bawah kategori unit paparan visual yang berupaya memaparkan visual dijana pemprosesan grafik menerusi kad grafik. Boleh dikatakan, peranti memaparkan imej terbabit mempunyai dua jenis spesies pada masa kini termasuk tiub sinar katod (CRT) dan pemapar cecair kristal (LCD) yang berlegar di pasaran.
Selain itu, dunia perkomputeran turut mengklasfikasikan monitor kepada empat jenis iaitu monokrom, warna, segerak berbilang dan paparan kecerahan elektro (ELD). Mutu monitor tergantung kepada beberapa faktor terutama bilangan piksel yang dipaparkan oleh skrinnya kerana lebih banyak pikselnya, lebih tajam teks dan grafik yang dicetuskan. Pada awalnya semua monitor tergolong dari jenis CRT sama seperti yang dilihat menerusi tiub televisyen namun kini populariti monitor jenis LCD kian mendapat perhatian dan bakal menggantikan CRT secara perlahan-lahan.
Semestinya monitor LCD lebih mencuri perhatian apatah lagi ia mampu ditempatkan pada ruang yang terhad, lebih ringan serta menjimatkan bil elektrik berbanding monitor terdahulu. Paparan PC terawal menggunakan monitor monokrom digunakan untuk memproses imej perkataan saja yang digunakan sistem perkomputeran terdahulu pada 1970-an sebelum IBM memperkenalkan sistem lain pada 1981. Sistem paparan Penyesuai Grafik Warna (CGA) pada tahun itu berjaya memperkenalkan empat warna dengan meleraikan piksel kepada 320 secara mendatar dan 200 menegak (320 x 200).
Sistem paparan Penyesuai Grafik Tertingkat (EGA)
Teknik peleraian CGA sudah cukup untuk kegunaan permainan komputer mudah seperti permainan ‘solitaire’ namun ia tidak mampu memproses perkataan, aplikasi dan penggunaan grafik mudah. Pada tahun 1984, IBM memperkenalkan sistem paparan Penyesuai Grafik Tertingkat (EGA) yang dapat memberikan sehingga 16 warna berlainan dan peleraian sehingga 640 x 350.
Secara tidak langsung, ia memperbaiki kualiti berbanding paparan lebih awal selain memungkinkan pembacaan teks yang lebih mudah. Sungguhpun begitu, EGA tidak memberikan peleraian imej mencukupi untuk kegunaan bertahap tinggi seperti reka bentuk grafik. Yang menariknya, mod EGA masih boleh didapati untuk pemprosesan lama dan PC pada kediaman lama.
Sementara itu, pada tahun 1987, IBM memperkenalkan sistem paparan Susunan Grafik Video (VGA). Sistem terbabit masih digunakan sehingga sekarang dan dijadikan piawaian minimum yang dapat diterima untuk PC dengan peleraian maksimum bergantung kepada bilangan warna dipaparkan.Pengguna boleh memilih antara enam belas warna pada 640 x 480, ataupun 256 warna pada 320 x 200.
Menjelang tahun 1990, sekali lagi IBM melangkah untuk mengumumkan sistem paparan Susunan Grafik Terluas (XGA) sebelum mengetengahkan versi berikutnya, iaitu XGS-2 yang memberikan peleraian 800 x 600 piksel dalam warna yang benar (16 juta warna). Ia juga mampu membuat peleraian 1024 x 768 dalam 65,536 warna. Kedua-dua tahap peleraian imej ini terus mendapat permintaan hebat di pasaran pada hari ini.
Persatuan Piawaian Elektronik Video (VESA) pula mengasaskan antaramuka pengaturcaraan piawaian untuk paparan Susunan Grafik Video Super (SVGA) yang digelarkan Sambungan BIOS VESA (“VESA BIOS Extension”). Lazimnya, paparan SVGA dapat mendukung palet sehingga 16 juta warna bergantung kepada jumlah memori video tersedia dalam sesuatu komputer yang akan mengehadkan bilangan warna dapat dipaparkan.
Spesifikasi peleraian imej berbeza-beza. Pada umumnya, lebih besar skrin Monitor SVGA, lebih banyak piksel dapat dipaparkan secara datar dan tegak. Zaman moden turut melampiaskan ‘peluhnya’ kepada monitor ala baru menerusi Susunan Grafik Terluas Super (SXGA) dan Susunan Grafik Terluas Ultra (UXGA).
Kebiasaannya, istilah SXGA digunakan untuk merujuk kepada skrin yang mempunyai peleraian 1280 x 1024 manakala UXGA membawa pengertian kepada peleraian 1600 x 1200. Manakala dua teknologi yang diperkenalkan pada monitor baru termasuk paparan berteknologi plasma dan diod sinar organik (OLED) yang mampu memberi keunggulan visual kepada pengguna.

TYFON TECH SDN BHD menawarkan desktop murah terpakai & komputer riba yang diubahsuai, perkhidmatan membaiki komputer i7, laptop, sokongan IT teknikal dan perundingan di Kepong KL Malaysia. Kami mempunyai bajet yang banyak & berpatutan memenuhi asas komputer untuk menjimatkan kos anda. Semua peralatan kami diuji dalam keadaan baik & sangat sesuai untuk pejabat, perakaunan, kilang atau digunakan di rumah. Anda boleh membeli dengan yakin kerana kami adalah pengedar dan menyediakan 3 bulan jaminan dijamin untuk menjamin nilai anda wang.

Lawati laman web kami untuk model yang lebih terkini Desktop, Laptop, Monitor, Pencetak & HP Lenovo Dell i3 i5 & komputer permainan i7:
Boleh hubungi/whatsapp untuk sebarang pertanyaan, tukar barang diterima:
Hubungi:
018-2017110 - Chris
Email:
sales@tyfontech.com
christang@tyfontech.com

TYFON TECH SDN BHD 1196293-X
Sales & Customer Services:
Lot G08, Level G, Desa Complex, Jalan Kepong, 52100 Kuala Lumpur, Malaysia.
Technical & Operation:
Lot LG20 & LG21, Level LG, Desa Complex, Jalan Kepong, 52100 Kuala Lumpur, Malaysia.
014 - 9600078 Technical support (Please provide INVOICE no)
03 - 62619838 - LG20 Office
10pagi - 7petang ,Isnin - Sabtu, Tutup pada setiap Kuala Lumpur Cuti Awam(Jarak berjalan kaki 5min dari KTM kepong sentral atau boleh menggunakan carian waze TYFON TECH SDN BHD)
Anda dialu-alukan untuk datang kedai kami untuk melihat dan menguji produk. Bagi pelanggan sibuk untuk datang, anda boleh membeli dari laman web kami. Selepas menerima bayaran penuh, kami akan menghantar barang kepada anda dalam tempoh 1-3 hari waktu bekerja oleh perkhidmatan kurier (caj anggaran skynet kurier terletak malaysia barat muat komputer RM15, desktop-RM25, sebahagian kecil kurang daripada 1kg-RM7). * Digunakan CPU / laptop boleh ada kecil keluaran kosmetik yang tidak memberi kesan fungsinya. Harga adalah termasuk 6% GST. Item tidak termasuk dengan penghantaran, pemasangan dan pentauliahan kecuali dinyatakan. Tempoh bayaran: Kad pemindahan / kredit tunai / bank sahaja. 

No comments